Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd

Pengenalan Ringkas

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd atau KOPUBI telah diilhamkan oleh En. Sharul Baha bin Abd Rahman selaku Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) pada 15hb April 2016.

Dengan bantuan Ahli Jawatankuasa PUBI, maka gerak kerja untuk menubuhkan sebuah Koperasi telah dimulakan pada pertengahan tahun 2017.

Seterusnya Ahli Jawatankuasa PUBI Perak telah mencapai kata sepakat berkaitan pembentukan sebuah Jawatankuasa Penaja bagi penubuhan Koperasi atas nama Koperasi PUBI Perak Bhd dan diputuskan bahawa Ahli Jawatankuasa Penaja Koperasi tersebut hendaklah terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat PUBI Perak.

Permohonan secara rasmi untuk penubuhan Koperasi telah dibuat melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 6hb Ogos 2017 dan secara rasminya Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) diluluskan penubuhannya pada 15hb Disember 2017.

MOTO, VISI & MISI
KOPUBI

MOTO KOPERASI

’Bersatu Mencakna Ekonomi Bangsa’

VISI KOPERASI

’Mensasarkan jumlah keanggotaan sehingga 1,000 orang dengan perolehan pendapatan sebanyak RM1,000,000 menjelang 2030.’

MISI KOPERASI

'Menjadi sebuah Koperasi yang berdaya saing di dalam menjalankan perniagaan serta memperjuangkan nasib usahawan-usahawan kecil atau besar yang mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi negara. Kami juga ingin menjadi contoh kepada koperasi yang lain disamping memupuk kesepakatan dan persefahaman dikalangan Anggota Koperasi agar maju di dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran. Semangat hormat-menghormati dan saling tolong menolong di antara satu sama lain akan menjadi tonggak misi kami.’

PERANCANGAN DAN KERJASAMA STRATEGIK

Perancangan Jangka Masa Panjang

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd sangat komited untuk melaksanakan perancangan jangka masa panjang dan beriltizam untuk menjayakannya dalam masa tempoh 5 ke 10 tahun, iaitu;

1. Menubuhkan Anak Syarikat Koperasi iaitu PUBI Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) serta sebuah entiti yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dengan nama PUBI Holdings Berhad.

2. Memiliki sebuah bangunan sendiri yang dinamakan sebagai ’WISMA KUMPULAN PUBI’.

Kerjasama Strategik

Buat masa ini Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah rakan strategik utama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan di dalam masa yang sama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak juga sangat komited untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana koperasi, NGO atau mana-mana Agensi Kerajaan mahupun swasta bagi mencapai objektif penubuhannya. Di dalam rangka kerjanya koperasi telah mengenal pasti beberapa koperasi, NGO atau Agensi Kerajaan mahupun swasta yang sesuai dijadikan rakan niaga atau menjalinkan kerjasama strategik, iaitu;

  • Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (ANGKASA)
  • Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA ANGKASA)
  • Institut Koperasi Malaysia (IKMa)
  • Co-op Bank Pertama Berhad
  • Bank Kerjasama Rakyat

PERKHIDMATAN DAN PERNIAGAAN SERTA PROJEK YANG DIJALANKAN OLEH KOPUBI PERAK BHD ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  • Perkhidmatan Pembiayaan Mikro-Kredit kepada Anggota
  • Perkhidmatan Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat
  • Perkhidmatan Pengujian Produk IKS
  • Menjalankan Perusahaan Kantin Sekolah
  • Menjalankan Perniagaan Online & Pemasaran Produk IKS
  • Menjalankan Projek Usahasama Pembekalan / Kontraktor
  • Menjalan Projek Pertanian Ladang Harapan di bawah SADC Perak (Tanaman Kelapa Sawit di Bukit Tunggal, Kampung Gajah, Perak)

SESIAPA SAHAJA BOLEH JOIN KOPUBI PERAK BHD TIDAK KIRA LATAR BELAKANG KERJAYA, AGAMA DAN JUGA BANGSA!

Manfaat-manfaat UTAMA yang ditawarkan kepada anda sebagai Anggota KOPUBI Perak Bhd adalah seperti:

1

*Pulangan dividen (%) setiap tahun (10% bagi tahun 2019)

2

Pemilikan syer saham sehingga 100 unit setiap anggota (RM15,000)

3

Manfaat khairat kematian kepada anggota, pasangan, anak-anak dan juga ibubapa anggota

4

Insentif bantuan persekolahan anak-anak Anggota

5

Insentif anugerah kecemerlangan intelek anak-anak Anggota

6

Peluang penerokaan ruang pelaburan yang pelbagai & baharu melalui gerakan koperasi di Malaysia

7

Insentif anugerah kecemerlangan intelek anak-anak Anggota

*MANFAAT YANG DITAWARKAN DI ATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN DAN AKAN BERUBAH MENGIKUT KESESUAIAN DARI SEMASA KE SEMASA

Sertai Sekarang!

Syarat Permohonan

✅ Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
✅ Bermastautin di Negeri Perak.
✅ Mempunyai pendapatan sendiri.
✅ Membuat bayaran fi masuk sebanyak RM150 sahaja.
✅ Membuat bayaran Yuran Khairat Kematian sebanyak RM50 sahaja.
✅ Memiliki saham minima di dalam koperasi sebanyak 1 unit.

Nota: 1 unit saham bersamaan dengan RM150 sahaja, setiap anggota boleh memiliki saham maksima sehingga 100 unit bernilai RM15,000.

Langkah Pendaftaran

Langkah mudah untuk membuat pendaftaran keanggotaan:

1. Isikan maklumat peribadi sebagai pemohon melalui borang pendaftaran yang disediakan pada laman web ini.

2. Membuat bayaran fi masuk dan syer saham di laman web ini.