MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPUBI PERAK BHD KALI KE-6
Sukacita dimaklumkan bahawa, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-6 seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 30hb Jun 2024
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Dewan Mesyuarat Utama UTC Perak, Jalan Dato’ Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak dan secara dalam talian menggunakan Platform Google Meet.
Anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang berdaftar adalah dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ini dengan mengesahkan kehadiran pada link yang telah diberikan di bawah ini.
Dilampirkan juga adalah Notis Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd Kali Ke-6 dan Notis Pemilihan Ahli Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Penentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi untuk rujukan semua.
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh berhubung terus dengan setiausaha koperasi melalui talian 017 -514 0569 (En. Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan).
Semoga dengan kehadiran tuan/puan sekalian akan dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita serta mencapai objektif penubuhan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ini.
Terima kasih.
Klik link untuk mendaftar –> Link Pengesahan Kehadiran ke Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd Kali Ke-6