APAKAH NASIB KELUARGA ANDA TANPA PERANCANGAN HARTA PUSAKA?

Harta Pusaka si mati yang tidak dirancang dengan baik bakal menjadi permasalahan dan pertikaian ketika proses pembahagian faraid. Ini kerana tiada dokumen sah seperti Wasiat, Hibah, Perjanjian Harta Sepencarian dan lantikan Pentadbir Harta dilaksanakan semasa hayat pemilik harta.

Kesemua aset si mati akan beku dengan lama sekiranya Waris gagal mencapai kesepakatan. Ini kerana si mati tanpa sengaja meletakkan tanggungjawab pembahagian harta kepada semua ahli warisnya.

Berbeza dengan Harta Pusaka yang dirancang dengan dokumen yang sah, aset beliau akan dibahagikan mengikut terma-terma yang telah beliau tetapkan selagi mana tidak bertentangan dengan hukum faraid serta undang-undang keluarga islam di Malaysia.

Tahukah Anda?

KOPUBI Perak Bhd melalui MyAngkasa Amanah Bhd menyediakan solusi yang komprehensif untuk mengelakkan permasalahan pada masa hadapan dengan pakej Pengurusan Harta Pusaka, Hibah dan Wasiat. 

Melalui pakej ini, harta pusaka anda dapat diwarisi kepada yang tersayang mengikut hasrat dan keinginan anda serta mengikut lunas undang-undang Negara mahupun syariah. 

Perancangan awal dapat mengelakkan waris atau ahli keluarga bergaduh dan bermasam muka setelah anda tiada kelak pada masa hadapan.

MASA DEPAN MEREKA DI TANGAN ANDA.. MAKA RANCANGLAH BERSAMA KAMI SEBELUM TERLAMBAT!

Kami di KOPUBI Perak Bhd Menawarkan Pekhidmatan Profesional dan Unggul Demi Melindungi Legasi Anda. Antara Produk serta perkhidmatan yang kami ditawarkan;

  • MyWasiat
  • MyHibah Hartanah
  • MyHibah Harta Bercagar
  • MyHibah Harta Alih
  • MyHibah Saham Koperasi
  • MyPusaka
  • MyAmanah Pusaka Care
  • MyAmanah Tunai
  • MyAmanah Takaful/Insurans
  • MyAset Pilihan Pasangan
HUBUNGI KAMI UNTUK KHIDMAT NASIHAT PERCUMA HARI INI JUGA!
En. Sharul Rahman, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd Merangkap Setiausaha Angkasa Negeri Perak.